Monday, March 4, 2013

AL-FATIHAH cukup hebat kuasanya..

Assalamualaikum..hari ni sy nak share something yg sgt  penting untuk kte iaitu Al Fatihah..

AL-FATIHAH ..sungguh hebat ayat yg diturunkan Allah ini..banyak kelebihannya banyak khasiatnya,,,byk pengubatnya...masyaAllah...

jadi kte sebagai umat Islam perlulah mendalami ayat yang sgt penting ini berserta maksudnya..

kepada yg sebenarnya tak faham ayat Al-Fatihah ini..tak apa...masih belum terlambat untuk kte mendalami isi AlFatihah ini..




ok sudah mengerti bukan ayat Al Fatihah yg sgt suci ini..bacalah ia dengan penghayatan dan penuh kesyahduan..pasti tenang hatimu dikala kesedihan ,kegembiraan,kesusahan...amin amin

tahukah awak2 semua Allah menyahut kata2 setiap bacaan AlFatihah kte..masyaAllah..kte bukan cakap sorang3 tau..percayalah Allah mendengar dan menjawab....




“Jika seorang hamba berkata ALHAMUDLILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN, Allah berfirman, ‘Demi keagunganKu dan kebesaranKu, Aku curahkan kepadamu nikmatKu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata ARRAHMAANIRRAHIIM, Allah berfirman, ‘RahmatKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘MAALIKI YAUMIDDIIN, Allah berfirman, ‘AnugerahKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA’IIN, Allah berfirman, ‘PertolonganKu bagimu di dunia dan akhirat.’ “Jika ia berkata IHDINASH-SHIRAATHAL-MUSTAQIIM, Allah berfirman, ‘PetunjukKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata,’ SHIRAATHALADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM, Allah berfirman, ‘Syafaat kekasihKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata, ‘GHAIRIL-MAGHDIUBI ‘ALAIHIM, Allah berfirman, ‘ Demi keagunganKu dan KebesaranKu, Aku akan dekatkan diriKu kepadamu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘WALADH-DHAALLIIN, Allah berfirman, ‘Demi keagunganKu, KebesaranKu, KemuliaanKu, KetinggianKu, Aku tetapkan namamu dalam daftar orang-orang yang berbahagia, dan Aku hapuskan namamu dari daftar orang-orang yang celaka.”



AlFatihah bukan sahaja berguna ketika sembahyang ..tapiiii adaaaaa banyakkkk kegunaan yg sgt bermanfaat untuk amalan kte...

mari lihat dan amal ye...klau tak semua satu pun jadilah sebagai permulaan...



1) Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar sentiasa mengingati kita (dengan niat yang baik sahaja)


Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.



2) Untuk demam panas


Baca Surah Al-Fatihah 7 kali terus kepada pesakit atau tiup ke dalam air (untuk minum, lap, mandi)



3) Untuk penyakit yang sukar sembuh atau serius


Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi dengan menggunakan air tersebut.



4) Untuk penyakit mental.


Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut

pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.



5) Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,


Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.

Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang

sakit itu.



6) Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.


Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.



7) Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.


Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari

“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.



8 ) Untuk pelbagai faedah atau niat


Sesiapa yang mengekalkan membaca Surah Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat

ii)Ia miskin melainkan jadi kaya

iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.

iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.

v) Ia lemah melainkan dikuatkan.

vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.



9) Untuk mengembalikan pangkat


Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula. Hendaklah ia membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). InsyaAllah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi.



10) Untuk mendapat zuriat

Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan membaca Surah Al-Fatihah 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. InsyaAllah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.



11) Untuk sakit mata


Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Surah Al-Fatihah 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. dengan niat meminta:

i) Sembuh penyakit matanya

ii) Pulih pandangannya.



12) Untuk luka atau kudis


Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin Allah.



13) Wirid Surah Al-Fatihah


Sesiapa yang membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari (iaitu pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali), ia akan:

i) Dimurahkan rezekinya

ii ) Diperbaiki hal ehwalnya

iii) Dibersihkan hatinya

iv) Diangkat darjatnya

v) Dimudahkan pekerjaannya

vi) Dilepaskan ia dari dukacita

vii) Dijauhkan dari mudharat

viii) Diberi ia kerajinan dan semangat

ix) Tidak kecewa

x) Jauh dari hasutan syaitan

xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan



14) Untuk pendinding semasa Tidur


Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:

Qul Huwallah Hu Ahad – 3 kali

Qul A’uzubirabbil falaq – 1 kali

Qul A’uzubirabbin Nas – 1 kali

Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.



Semoga ini membantu kte lebih mendekat Pencipta kite dan menambahkan rasa cinta ini pada Allah...aminnn ;')