Showing posts with label TIPS SIHAT LUAR DAN DALAM. Show all posts
Showing posts with label TIPS SIHAT LUAR DAN DALAM. Show all posts

Friday, February 27, 2015

PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT

TAHUKAH ANDA......
BEZA ANTARA UBAT DAN SUPPLEMENT (VITAMIN)?????


Medicine ( Ubat )


1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut,

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya kerana ubat bertindak cepat & menakjubkan.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.


9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.



Supplement ( Vitamin )

SHAKLEE adalah contoh supplement yg terbaik, contohnya antara produk shaklee adalah vitamin c, vitamin e, b-complex yg kaya dengan folic acid,ostometrix, omega guard dan bermacam2 lagi! ^_^



1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.
RINGKASNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja dan ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....TETAPI....
.
Supplement boleh diambil bila-bila masa... minum air banyak semasa mengambil supplement...DAN YANG PALING PENTING,,,
Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

SUMBER DARI BRAIN FIT

Tuesday, February 17, 2015

Minum air banyak untuk kurus

Assalamualaikum ^_^

ok harini zla nak share tips2 kurus yang paling penting iaitu minum air banyak

bila ambil supplement2 shaklee ni memang wajib minum air banyak, agar nudah vitamin2 yang u all ambil larut dan menyerap dalam badan..

kalau malas nak minum air, nak kena cubit?
kalau anda tahu efeknya tak minum air banyak boleh kena macam2 penyakit, anda akan rasa takut..

antaranya penyakit buah pinggang, puncanya salah satu sebab kurang minum air, u all cuba bayangkan badan kita ni macam mesin, mesin paling penting utk gerakkan dia adalah minyak, jadi minyak ni melancarkan pergerakan mesin ni..

samalah macam kita, air melancarkan proses2 dalam badan kita, jadi jangan malas minum air k!!!

ni zla share tips2 macamane nak amalkan supaya kita ni lebih rajin minum air, just a simple tips, but i hope it will help ;)


Tips kurus dengan mengamalkan lebih banyak minum air adalah seperti berikut:

1) Minum segelas air sebaik bangun tidur- bila kita bangun tidur badan kita sgt kering sebab kita dah tidur lama dalam 7-8 jam, jadi lepas bangun cepat2 minum air segelas, memang bagus untuk kuruskan badan,.

2) Teguk dengan perlahan
yup betul, kalau ikut sunnah Nabi kita pun suruh minum seteguk2, bukan sekali secawan ko telan! tak perlu kelam kabut..nikmati minum air tu ye

3) Menggunakan straw
bila kita guna straw yang memang siap dengan botol, ala ada jual kat supermarket, botol dia bila buka penutup ada straw, automatik minda kita rasa nak sedut selalu walaupun sikit2, dan set mind nak habiskan air dala botol2 tu..kite pun feeling2 cute masa minum air kan sebab pakai straw. wink

4) Membawa botol ke mana sahaja
yup betul, kalau bleh jangan share dengan org lain lah botol ni,..sebab kita leh tahu berapa liter dah kita habiskan satu hari tu..ni kalau share ngan en hubby, tak prasan la brape liter da habis,!^_^

5) Minum segelas air sebelum makan
tips baik utk cepat kenyang, stgh jam sebelum makan , teguk air secwan,.automatik perut kita dah penuh dgn air dan buat kita rasa kurang lapar. ingat air adalah solusi terbaik untuk kurus sebab dia takde kalori!

6) Minum air selepas ke tandas
lepas ke tandas - refill balik air dalam badan ye...biar kita sentiasa minum air banyak.

7) Letak botol air di katil
biar kita sentiasa nampak botol air kita tu ye, jadi kita rasa bertanggungjawab nak habiskan.nak kurus kan???

8) bermula dari jumlah air yang sedikit
Maksudnya, kalau kita perlu 4 liter sehari.. mulakan dengan harini 2 liter. Esok 2.5 liter. Lusa 3 liter dan seterusnya sehingga ke 4 liter!

9) Letak sasaran, cabar diri!
kalau anda dah tekad nak kurus, jadi kenalah tekad nak minum air cukup 4 liter sehari! keperluan air adalah berbeza ikut berat badan ye sayang semua.

10) Jadikan tabiat
bila anda dah rasa seronok badan sihat, air dalam badan cukup, kulit makin cantik and moist, dan anda dah biasa dengan tabiat ni, anda sendri dgn automatiknya ingin minum air banyak setiap hari sebab rasa macam tak cukup air dalam badan.ingat ye air yg banyak bantu penyerapan yang baik setiap makanan yg kita makan.'


buat sesiapa yang nak dapatkan set kecantikan , set kurus , set hamil, set kesuburan shaklee boleh hubungi zla:

your shaklee SID
zla
 0137905304